Blogger Templates

Wednesday 22 June 2011

Langkah Pembelajaran 1

Set Induksi (±5 minit)
  • Guru menayangkan dan memperdengarkan lagu nyanyian kanak-kanak “Huruf-huruf vokal”


  • Guru menyuruh murid mengecam huruf vokal yang terdapat dalam tayangan/senikata lagu.

Tuesday 21 June 2011

Langkah Pembelajaran 5

Penutup (±5 minit)
  •  Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran hari ini
-          Berapakah bilangan huruf-huruf vokal?

-          Sebutkan kelima-lima huruf vokal berkenaan?

-          Guru meneyebut huruf awalan dan murid membunyikan perkataan yang lengkap,  

     Contohnya:  a untuk ayam/ayah,  
                      e untuk emak/enam, 
                       i  untuk ikan/itik,
                      o untuk oren/obor,  
                      u untuk ular/ubat

-          Guru memperdengarkan sekali lagi lagu nyanyian kanak-kanak “Huruf-huruf vokal”

            -     Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu berkenaan.

Langkah Pembelajaran 4

Aktiviti 3 (±10 minit)

  • Murid melengkapkan perkataan dengan huruf vokal berpandukan gambar yang dilihat


  • Murid bergilir-gilir menyebut  perkataan yang telah dilengkapkan dengan huruf vokal secara bergilir-gilir

Langkah Pembelajaran 3

Aktiviti 2 (±10 minit)
  • Guru membimbing murid menyebut perkataan yang mengandungi huruf awalan vokal (v)+kvk berdasarkan gambar yang dilihatkan.




  •  Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dibina contoh: ayam, emak, ikan, oren, ular

Langkah Pembelajaran 2

Aktiviti 1 (±15 minit)
  • Guru membimbing  murid menyebut huruf-huruf vokal yang dipamerkan



    • Guru meminta murid menyebut huruf-huruf vokal yang dipamerkan
      • Murid dipilih secara rawak dan berganti-ganti membunyikan huruf-huruf vokal

      Bahasa Melayu

      Tunjang Utama       :           Bahasa Malaysia 

      Fokus                      :           BM 3.0 - Kemahiran membaca

      Standard Kandungan:      BM 3.2 - Mengenal  huruf  vocal

      Standard Pembelajaran Utama :
                       BM 3.2.1 - Menyebut huruf  vokal
                       BM 3.2.2 - Membunyikan huruf  vokal
                       BM 3.2.3 - Mengenal  pasti huruf  vokal yang terdapat dalam perkataan

      Standard Pembelajaran Lain Yang Disepadukan :
                       KTI   2.0  - Kreativiti Dan Estetika (KTI)
                       KTI 2.1.2 - Menyanyi lagu yang mudah dengan sebutan yang jelas
                       ST 2.1.6 - Memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk dipersekitaran.



      Objektif Pembelajaran:      Pada akhir pengajaran murid dapat :
                  1.    Menyebut dan membunyikan huruf-huruf  vokal
                  2.    Menyesuaikan huruf vokal dengan objek di persekitaran

      Konsep Utama                    : Huruf-huruf vokal dan perkataan

      Kosa Kata                            : ayam, emak, ikan, oren, ular

      Alat dan Bahan                   : Alat pemain CD, kad huruf vokal, kad perkataan bergambar

      Pengetahuan Sedia Ada  :
      Murid sudah terdedah atau diajar dengan abjad A-Z/a-z.