Blogger Templates

Saturday 17 December 2011

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan video PNP dan sekolah yang terlibat dalam pengajaran mikro yang kami jalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Azidah kerana banyak memberikan informasi kepada kami dalam penghasilan blog dan juga storyboard
   Gambar kenangan bersama kanak-kanak Prasekolah SK Pekan Kinarut

Thursday 15 December 2011

Storyboard






Projek Video Atas Talian Berkumpulan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH
Tajuk : Mengenal Huruf Vokal
Masa : 30 minit
Tarikh : 2 November 2011
Tempat : Prasekolah SK.Pekan Kinarut
Bil.Murid : 10 orang

Wednesday 22 June 2011

Langkah Pembelajaran 1

Set Induksi (±5 minit)
  • Guru menayangkan dan memperdengarkan lagu nyanyian kanak-kanak “Huruf-huruf vokal”


  • Guru menyuruh murid mengecam huruf vokal yang terdapat dalam tayangan/senikata lagu.

Tuesday 21 June 2011

Langkah Pembelajaran 5

Penutup (±5 minit)
  •  Guru bersoaljawab dengan murid tentang pelajaran hari ini
-          Berapakah bilangan huruf-huruf vokal?

-          Sebutkan kelima-lima huruf vokal berkenaan?

-          Guru meneyebut huruf awalan dan murid membunyikan perkataan yang lengkap,  

     Contohnya:  a untuk ayam/ayah,  
                      e untuk emak/enam, 
                       i  untuk ikan/itik,
                      o untuk oren/obor,  
                      u untuk ular/ubat

-          Guru memperdengarkan sekali lagi lagu nyanyian kanak-kanak “Huruf-huruf vokal”

            -     Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu berkenaan.

Langkah Pembelajaran 4

Aktiviti 3 (±10 minit)

  • Murid melengkapkan perkataan dengan huruf vokal berpandukan gambar yang dilihat


  • Murid bergilir-gilir menyebut  perkataan yang telah dilengkapkan dengan huruf vokal secara bergilir-gilir